Penghuni Villa Harapan didakwa bunuh rakan

Tertuduh, Riduan Abd Samad, 38, yang diiringi anggota polis di dakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas tuduhan membunuh rakannya awal bulan ini.
Tertuduh, Riduan Abd Samad, 38, yang diiringi anggota polis di dakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas tuduhan membunuh rakannya awal bulan ini.
A
A
A
MELAKA - Seorang penghuni sebuah pusat pertubuhan kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakannya pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Riduan Abd Samad, 38, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penghuni pusat Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang penghuni di pusat sama iaitu Mazeline Sabtu, 53.

Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh kira-kira jam 3.30 petang di belakang asrama lelaki di villa berkenaan di Jalan Tebing Tinggi Duyong di sini pada 1 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel Berkaitan:


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia mempunyai masalah kesihatan mental.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental dan menetapkan tarikh 10 Mei bagi sebutan semula kes.