MBSA anjur Pertandingan Fotografi Shah Alam 2019

Pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu seni bina, alam semula jadi dan gaya hidup yang fotonya perlu diambil dalam kawasan pentadbiran MBSA. (Gambar kecil: Shahrin Ahmad)
Pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu seni bina, alam semula jadi dan gaya hidup yang fotonya perlu diambil dalam kawasan pentadbiran MBSA. (Gambar kecil: Shahrin Ahmad)
A
A
A

SHAH ALAM- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Pertandingan Fotografi Shah Alam 2019 bertemakan Kami Sayang Shah Alam mulai 1 April hingga 30 Ogos ini.

Menariknya pertandingan julung kalinya ini menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM21,000 berserta sijil kepada pemenang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu seni bina, alam semula jadi dan gaya hidup.

"Pemenang akan dinilai melalui beberapa aspek berdasarkan tema, komposisi keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik, selain foto diambil perlu diambil dalam kawasan pentadbiran MBSA.

"Pemenang bagi peringkat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, tempat kedua RM2,000, ketiga RM1,000 dan hadiah saguhati berjumlah RM200 seorang untuk lima pemenang," katanya.

Menurutnya, pertandingan ini sekaligus untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyerlahkan bakat dalam bidang fotografi.

"Ia juga bagi menggalakkan masyarakat menghargai serta mencintai bandar raya Shah Alam dengan mengambil foto di tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam seperti lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau landskap," katanya.

Artikel Berkaitan: