Majlis Media ada kuasa terhadap media cuba kelirukan rakyat

Eddin Syazlee Shith
Eddin Syazlee Shith
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Media yang bakal ditubuhkan tidak lagi akan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak media yang cuba mengelirukan rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, pihak media diminta untuk mematuhi etika kewartawanan dalam menghasilkan berita yang tepat dan tidak mengelirukan rakyat.

Jelas beliau, etika kewartawanan tersebut mestilah berteraskan prinsip rukun negara supaya berita yang dihasilkan bukan sahaja benar malah adil dan saksama supaya dapat mempertahan nilai murni dalam masyarakat Malaysia.

"Kerajaan melalui perancangan untuk mewujudkan Majlis Media atau Media Council yang akan diwujudkan boleh mengambil tindakan terhadap media yang mengelirukan berhubung isu-isu rakyat.

"Dalam kes-kes tertentu tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hak Cipta 1997," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) mengenai tindakan kementerian dalam memastikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan menteri berhubung isu rakyat tidak dikelirukan oleh pihak media.

Artikel Berkaitan: