Langgar embargo: Dewan Rakyat bahas usul Najib ke jawatankuasa hak dan kebebasan

 Liew Vui Keong
Liew Vui Keong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usul merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA, dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Dalam pembentangan itu, Vui Keong berkata, Kertas Putih itu merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam 11.30 pagi pada Rabu (10 April).

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda.

"Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina Majlis. Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Najib didakwa memuat naik kertas putih itu di laman sosial pada 5.39 petang Selasa.

Dewan Rakyat sedang membahaskan usul tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: