Tarif air ikut jumlah penggunaan: Fomca

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kadar tarif air yang dikenakan kepada rakyat mengikut jumlah penggunaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kaedah tersebut sama seperti digunakan untuk tarif elektrik yang menetapkan semakin tinggi sesuatu penggunaan maka pengguna juga perlu membayar lebih tinggi.

"Fomca berpendapat kerajaan boleh menaikkan tarif air bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada pengguna namun kenaikan ini mestilah berstruktur. Bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana selalunya penggunaan air mereka tidak banyak.

"Bagi golongan berpendapatan tinggi pula penggunaan air mereka lebih banyak, kaedah ini telah digunakan bagi pengiraan tarif elektrik dan kerajaan boleh mengenakan kaedah yang sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam negeri setuju naik kadar tarif air

Semalam, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mendapat persetujuan daripada enam negeri untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna.

Menurut kementerian, perundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun.

Mohd Yusof yang juga Bendahari Forum Air Malaysia berkata, terdapat kebimbangan harga barang akan termasuk makanan dan minuman naik disebabkan oleh kenaikan tarif air tersebut.

"Ini (kenaikan harga barang) sudah pasti akan berlaku kerana sudah 20 tahun harga tarif air tidak dinaikkan tetapi disebabkan air adalah satu keperluan asas maka rakyat perlu terima kenaikan ini.

Kerajaan negeri tetap dengan pendirian tidak akan menaikkan tarif air di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: NS tak setuju naik tarif air: Aminuddin

Sementara itu, Negeri Sembilan memaklumkan tidak termasuk dalam senarai enam negeri yang bersetuju untuk menaikkan tarif air.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Katanya, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) masih mampu memaksimumkan kos operasi bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga.

"Kita memang dari dulu lagi tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air, buat tempoh masa sekarang kita masih lagi mampu menampung kos pengoperasian.

"Kita akan pastikan SAINS memaksimumkan kos operasi dan dalam masa yang sama mencapai keuntungan, kita mahu supaya SAINS mampu berdaya saing dan berdaya tahan demi memastikan rakyat tidak terbeban," katanya.