Mohon doa buat mak mertua saya: Ako Mustapha

Pelakon, Ako Mustapha
A
A

PELAKON, Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali Ako Mustapha, 47, berkongsi di akaun media sosial, kondisi ibu mertuanya, Hajjah Santanina, kini dalam tahap kurang baik.

"Doa saya bersama mak mertua... Semoga ALLAH SWT berikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan semuanya buat keluarga isteri saya

"Saya memohon agar saudara-saudara semua mendoakan kesembuhan buat mak mertua saya, amin," ungkapnya pelakon.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata mendoakan agar ibu mertua pelakon tersebut cepat sembuh.

Tidak kurang juga ada yang menitipkan doa dan berharap Ako tabah dalam situasi itu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia