Berlian merah jambu: Rakyat perlu kumpul fakta lengkap, kata Rafizi

Rafizi ditemui selepas memberi ucapan di pekan Rantau, malam tadi.
Rafizi ditemui selepas memberi ucapan di pekan Rantau, malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Rakyat diminta membaca isu berlian merah jambu secara berpanjangan dan mengumpulkan fakta dengan lengkap.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pada 2017 satu tindakan mahkamah telah diambil di Amerika Syarikat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) yang mengatakan wang 1MDB dipercayai digunakan bagi membeli berlian 22 karat untuk dihadiahkan kepada isteri perdana menteri ketika itu.

"Walaupun pembelian berlian itu tidak didaftarkan atas nama Datin Seri Rosmah Mansor, ia tidak menidakkan fakta bahawa berlian itu dibeli menggunakan wang 1MDB.

"Soalan yang saya faham ditanya di Parlimen ialah sama ada berlian itu dibawa masuk, dibeli atau didaftarkan kepada Rosmah. Jawapan daripada kerajaan, tidak.

"Maksudnya Rosmah tak beli bayar atas namanya, hanya kerana pembayaran itu tidak didaftarkan atas nama sesuatu, ia tidak menidakkan bahawa ada kes berlian jutaan ringgit yang disiasat menggunakan wang 1MDB," katanya kepada media selepas ceramah umum PH di Pekan Rantau di sini, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlian merah jambu: Ramai minta maaf selepas sah fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah syukur isu berlian merah jambu terbukti fitnah

Artikel Berkaitan:

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan ramai yang meminta maaf kepadanya selepas kerajaan mengesahkan tiada sebarang pembelian berlian merah jambu dibuat oleh isteri VVIP di negara ini.

Menurut Najib, perkara itu membuktikan ramai lebih percaya kepada fitnah dimainkan pembangkang sebelum PRU14.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, yang menjadi isu sekarang adalah, siapa dan dari mana sumber wang yang membayar pembelian berlian berkenaan.

"Tak ada orang mempersoalkan berlian itu ada, dibayar dan tujuannya untuk diberi sebagai hadiah kepada Rosmah.

"Walaupun Rosmah akhirnya tidak mendapat berlian itu, ia tidak menidakkan fakta bahawa berlian dibeli menggunakan wang 1MDB.

"Mereka yang tak mahu menerima hakikat rompakan itu berlaku akan beri pelbagai jawapan, tapi saya yakin rakyat Malaysia tidak bodoh dan tahu berlian itu masih menjadi bahan kes," katanya.