Tulang manusia ditemukan dalam hutan

Polis melakukan siasatan di lokasi tulang terbabit ditemukan.
Polis melakukan siasatan di lokasi tulang terbabit ditemukan.
A
A
A

SEPANG - Gempar apabila sekumpulan juruukur yang melakukan kerja mengukur tanah di kawasan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menemukan tulang manusia, berhampiran Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, turut dijumpai sepasang selipar, sebentuk cincin, jaket berwarna gelap, tali pengikat rambut dan gelang tangan.

Katanya, dalam kejadian jam 10 pagi, juruukur terbabit memberitahu terlihat selipar, pakaian dan bantal di satu lokasi.

"Juruukur tersebut dan rakannya kemudian mendapati terdapat beberapa tulang besar dibalut dengan selimut yang disyaki tulang manusia.

"Tiada dokumen diri ditemui namun mangsa dipercayai seorang perempuan," katanya.

Antara barangan yang ditemukan.
Antara barangan yang ditemukan.

Beliau berkata, berkemungkinan mayat mangsa ditinggalkan di lokasi berkenaan kira-kira setahun yang lalu sebelum dijumpai.

Turut ditemui bersama tulang itu tali pinggang berwarna hitam, seluar dalam, baju dalam dan sehelai selimut.

Artikel Berkaitan:

"Tempat kejadian merupakan kawasan hutan ladang getah yang terbiar.

"Lokasi kejadian kira-kira satu kilometer dari padang ragbi dan 30 meter dari jarak jalan tanah merah berdekatan pencawang elektrik," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat bersabit kes tersebut diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Wan Azirul, ditalian 0387774222 atau mana-mana balai polis berhampiran.