Krisis berlaku jika Sultan pilih calon parti lain: Penganalisis

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat krisis pentadbiran boleh berlaku sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memilih calon Menteri Besar daripada parti lain.

Katanya, Sultan diakui memiliki kuasa untuk melantik Menteri Besar, namun tidak boleh melangkaui kuasa politik berdasarkan Perlembagaan.

“Jika berlaku juga, pastinya akan berlaku krisis di Johor kerana Sultan tidak boleh masuk campur urusan politik.

“Pemilihan itu adalah hak parti politik yang memenangi pilihan raya dan Sultan hanya melakukan lantikan apa yang terbaik berdasarkan nama calon,” katanya semalam.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, tidak akan berlaku Sultan melantik calon sendiri untuk menjadi Menteri Besar.

“Apa yang akan berlaku nanti ialah Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu akan menyerahkan satu, dua atau tiga nama calon yang berkelayakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada 'perang terbuka' terhadap TMJ: Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: Osman bakal jelas tindakan letak jawatan

Artikel Berkaitan: