Dron penghantar barang diluluskan di Australia

x-default
x-default
A
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA . Sebuah firma dikaitkan dengan Google mula membuat penghantaran dan kiriman barangan kecil ke Canberra selepas syarikat itu mendapat lampu hijau daripada pemerhati penerbangan di Australia.

Syarikat dron 'Wing' yang merupakan cabang syarikat induk Alphabet telah membuat ujian penghantaran selama 18 bulan, namun kini ia boleh melakukan secara secara sepenuh masa.

"Kami telah meluluskan operasi penghantaran bungkusan menggunakan dron di North Canberra," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam.

Menurut syarikat itu, mereka telah mula menghantar makanan dan minuman serta produk buatan tempatan.

Kira-kira 3,000 penghantaran telah dibuat untuk membolehkan pengawal selia menilai projek itu sebagai selamat dan mendapat kelulusan komersial pertama di Australia dan yang pertama di dunia.

Difahamkan, dron itu dibenarkan terbang 11 hingga 12 jam sehari dan ia perlu dikawal dari jarak jauh.

Pengguna boleh memesan produk melalui aplikasi yang mana ia akan dihantar ke destinasi dalam tempoh enam hingga 10 minit dan barang itu kemudiannya diturunkan menggunakan kabel. - AFP

Artikel Berkaitan: