Rafiq, Riduan dinobat Atlet Terbaik 2018

Pemenang Anugerah Atlet Terbaik Rafiq Ismail (kiri) dan Atlet Paralimpik Terbaik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bergambar bersama trofi dan replika cek pada Majlis Santapan Malam Ulang Tahun Ke-50 Anugerah SAM malam ini. - Foto Bernama
Pemenang Anugerah Atlet Terbaik Rafiq Ismail (kiri) dan Atlet Paralimpik Terbaik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bergambar bersama trofi dan replika cek pada Majlis Santapan Malam Ulang Tahun Ke-50 Anugerah SAM malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

JUARA boling dunia, Muhammad Rafiq Ismail dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2018, malam ini.

Kedua-dua atlet berkenaan, masing-masing membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sebuah hotel terkemuka di sini.

Turut berangkat ke majlis gilang-gemilang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada majlis itu, SAM turut menyampaikan Anugerah Khas Sepanjang Hayat kepada Penaung Diraja SAM, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah atas sumbangan besar baginda terhadap arena sukan negara, khususnya bola sepak.

Edisi anugerah tahun ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 SAM, yang ditubuhkan pada 1969. - Bernama

Artikel Berkaitan: