MPK temui kaedah atasi masalah bau

Akan dibincangkan dengan pihak pengurusan terlebih dahulu

Tahir (empat, kiri) melihat wakil syarikat yang membuat semburan bahan organik pada longkang bagi menghilangkan bau di pusat perniagaan di Taman Gelora, hari ini.
Tahir (empat, kiri) melihat wakil syarikat yang membuat semburan bahan organik pada longkang bagi menghilangkan bau di pusat perniagaan di Taman Gelora, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah menemui kaedah pembersihan baharu yang lebih mesra alam bagi menyelesaikan masalah pencemaran, limpahan dan bau, berpunca dari perangkap minyak dan gris di pusat perniagaan di daerah ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan MPK, Tahir@Tony Abu Bakar berkata, kaedah pembersihan baharu dengan menggunakan bahan organik dilihat mampu menyelesaikan masalah bau dengan serta-merta.

“Kita akui masalah pencemaran bau sukar untuk kita atasi walaupun kerja pembersihan setiap hari dijalankan. Tapi hari ini, bila kita lihat demostrasi menggunakan bahan organik keluaran sebuah syarikat bagi atasi masalah itu dan ternyata ia berkesan.

“Dalam beberapa saat selepas semburan di buat tiada bau busuk. walaupun kita berada beberapa meter sahaja dari lokasi pembuangan sampah atau longkang atau perangkap sampah.

"Bukan sahaja bau serangga, lalat juga tiada di kawasan yang terkena semburan bahan organik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan demotrasi penggunaan bahan organik itu menerusi pelaksanaan projek perintis syarikat Konsortium Maju Hijau dengan MPK di Pusat Perniagaan di Taman Gelora, hari ini.

Tahir memberitahu, namun perkara ini akan dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi untuk dibincangkan dan diputuskan.

Jelasnya, MPK sudah lama mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah bau memandangkan sering menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara terbabit.

Artikel Berkaitan:

Semburan bahan organik itu turut dilakukan di tempat pengumpulan sampah bagi menghilangkan bau dan lalat di pusat perniagaan di Taman Gelora, hari ini.
Semburan bahan organik itu turut dilakukan di tempat pengumpulan sampah bagi menghilangkan bau dan lalat di pusat perniagaan di Taman Gelora, hari ini.

“Setiap bulan kita terima 20 aduan membabitkan pencemaran bau, kebiasannya di pusat perniagaan seperti pasar besar, pasar tani, pasar tani, medan selera dan beberapa lokasi lain di sekitar daerah ini.

“Jadi kita yakin, penggunaan bahan organik itu mampu mengatasi pencemaran bau di kawasan-kawasan yang telah kita kenal pasti,” katanya.