Mahabah didik masyarakat jauhi dadah

Mohamad Farid (dua, dari kiri) menunjukkan pameran jenis dadah kepada jemaah masjid.
Mohamad Farid (dua, dari kiri) menunjukkan pameran jenis dadah kepada jemaah masjid.
A
A
A

YAN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan menganjurkan program Masjid Hentian Bebas Dadah (Mahabah) di beberapa masjid sekitar daerah ini.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, program berkenaan bertujuan memberikan informasi berkaitan bahaya dadah kepada penduduk setempat.

"Kita mahu mereka yang datang ke masjid mendapat pendedahan berkaitan bahaya dadah.

"Kita juga memilih pada hari Jumaat kerana ia bertepatan dengan situasi masjid yang ramai kehadirannya," katanya ketika ditemui di Masjid Simpang Empat Sedaka, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun program berkaitan bahaya dadah ini sering dianjurkan namun masalah penyalahgunaan dadah masih lagi berlaku.

"Oleh itu, kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan bagi membolehkan mereka memastikan diri sendiri dan masyarakat persekitaran mereka jauh daripada gejala dadah.

"Elakkan daripada mempunyai sikap pentingkan diri dan tidak mencampuri urusan orang lain berkaitan dadah kerana itu sangat berbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jemaah masjid mendapatkan informasi mengenai bahaya dadah daripada penganjur dalam program Mahabah di Masjid Simpang Empat Sedaka.
Jemaah masjid mendapatkan informasi mengenai bahaya dadah daripada penganjur dalam program Mahabah di Masjid Simpang Empat Sedaka.

Program berkenaan mendapat kerjasama Pejabat Agama Daerah Yan serta ahli jawatankuasa Masjid Simpang Empat Sedaka.