Lelaki lemas di Sungai Semantan

Anggota bomba membuat tinjauan di lokasi mangsa terjatuh di kawasan Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, malam tadi.
Anggota bomba membuat tinjauan di lokasi mangsa terjatuh di kawasan Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, malam tadi.
A
A
A

MENTAKAB - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai gagal menyeberang ke tebing Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa Mohd Badli Izam Said Mohamad,31, yang berasal dari Taman Bukit Mentakab dipercayai sedang memancing di tebing sungai bersama tiga rakannya.

Mangsa dikatakan menyeberang sungai itu namun ketika berpatah balik lemas di tengah sungai terbabit.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Ketua Zon 2, Penguasa Bomba Rosdi Mustafa berkata, rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana arus berpusar.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan membuat pencarian di sekitar sungai bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

"Turut terlibat lima anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin Temerloh yang membuat pencarian di tepi sungai menggunakan teknik pencarian di permukaan (surface)," katanya lagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir jam 12 tengah malam tadi dan kembali bersambung pada 8 pagi ini.

Artikel Berkaitan: