Catriona Ross digelar ustazah jadian

Catriona Ross
A
A

PELAKON, Catriano Ross, berkongsi dia pernah menerima gelaran ustazah jadian oleh netizen.

Kongsi Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross, 38, atau lebih dikenali Catriona ini, ketika itu dia baru sahaja dalam fasa bertudung sekitar sembilan tahun lalu.

"Awal-awal fasa mula bertudung tu apabila orang ramai sudah perasan saya sudah berhijab, mereka mula memanggil saya ustazah jadian.

"Tetapi saya tak endahkan pun sebab tak ada kesudahannya kalau saya nak ambil peduli.

"Sebab manusia akan sentiasa bercakap baik atau buruk yang kita lakukan.

Dalam perkembangan kerjaya, pelakon Pujaan Hati Kanda dan Dekatkan Jarak Kita ini baru sahaja dilantik sebagai duta tudung Mumu Scarves.

Mengenai kerjaya lakonan pula, Catriona bakal membintangi sebuah drama Dia Yang Ku Cinta arahan Along Kamaludin terbitan A. Aida Production Sdn Bhd.

Drama yang bakal ditayangkan pada Jun depan di Slot Samarinda TV3 itu membawakan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Luqman Hafidz, Zila Bakarin dan ramai lagi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia