Netanyahu pertahan jawatan penggal kelima?

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mungkin mengekalkan jawatannya untuk penggal kelima selepas 97 undi dikira susulan pilihan raya, semalam.

Parti Likud pimpinannya dijangka memperoleh jumlah kerusi sama seperti pesaing utamanya, bekas ketua tentera, Benny Gantz yang memimpin parti berhaluan sederhana, Pakatan Biru dan Putih.

Tetapi, Likud dan sekutu berhaluan kanan diramalkan menjadi blok terbesar dengan 65 daripada 120 kerusi di Knesset.

Keputusan itu menandakan Netanyahu, 69, yang berdepan tuduhan rasuah bakal menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel.

"Ia akan menjadi kerajaan berhaluan kanan. Tetapi, saya akan menjadi perdana menteri untuk semua," katanya dengan angkuh sambil disambut sorakan para penyokongnya.

Terdahulu, Gantz turut mengumumkan kemenangannya selepas keputusan undian awal dikeluarkan.

Difahamkan, tiada parti pernah memenangi majoriti di Knesset dan situasi itu menyebabkan Tel Aviv sering ditadbir kerajaan gabungan. - Agensi

Artikel Berkaitan: