Terima kasih Datuk Osman Sapian: DAP Johor

Chin Tong
A
A

JOHOR BAHRU - DAP Johor melahirkan penghargaan kepada Datuk Osman Sapian atas sumbangan beliau di negeri ini dan permuafakatan dengan rakan-rakan pemimpin PH sejak dua tahun lalu.

Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, jalinan kerjasama antara DAP dan Osman berlaku dalam banyak perkara terutama ketika menyelaraskan Bersatu bersama PH.

"Semasa berkhidmat sebagai Setiausaha dan Pemangku Pengerusi PH Johor, Osman telah menumpukan masa dan tenaga untuk memastikan kemenangan PH di Johor.

"Sebagai menteri besar, beliau sering berunding dan fokus kepada penyelesaian masalah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Johor sah letak jawatan

Chin Tong berkata, DAP Johor berharap peralihan kuasa secara demokrasi daripada Osman kepada menteri besar baharu akan berjalan lancar dan diterima rakyat Johor.

Osman
Osman

"Malaysia perlu menjadi contoh terbaik dalam mengamalkan sistem demokrasi berparlimen secara praktikal.

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengarahkan semua ADUN DAP Johor mematuhi keputusan yang dibuat oleh kepimpinan pusat DAP dalam tempoh peralihan ini, dengan perbincangan bersama rakan-rakan PH," katanya.

Selain itu, Chin Tong turut mengingatkan, Johor sebagai medan persaingan politik penting di Semenanjung Malaysia, memerlukan semua pemimpin untuk menunjukkan kepimpinan dan tanggungjawab."Bagi memastikan pengukuhan kerajaan rakyat, daripada rakyat, untuk rakyat," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia