Inkues Adib: Tulang rusuk belakang patah tidak disedari

Saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abd Wahid (kanan), hadir pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Kemungkinan tiada sesiapa menyedari kecederaan tujuh tulang rusuk kiri belakang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang patah sepanjang dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan Institut Jantung Negara (IJN).

Pandangan itu diutarakan oleh bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Professor Dr Shahrom Abd Wahid dalam keterangannya pada hari ke 24, Inkues Kematian Muhammad Adib, di Mahkamah Koroner.

Disebabkan itu katanya, tiada laporan mengenai kecederaan bahagian tersebut sehinggalah bedah siasat dilakukan.

"Saya rasa tiada sesiapa pun yang tengok kat belakang (badan) itu. Kemudian, apabila buat rawatan seterusnya, saya rasa tak ada sesiapa pun yang tengok di situ.

"Kalau ada pun, mungkin tidak laporkan sebab tak tahu sama relevan atau tak kecederaan itu," katanya yang juga Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom.

Saksi Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi (kanan), hadir pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

Menurutnya, empat tulang rusuk kanan bahagian hadapan yang patah dikesan akibat hentakan hujung sisi pintu penumpang hadapan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Dua tulang rusuk belakang kanan patah disebabkan ada otot yang melindungi tulang spatula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Prosiding di hadapan Koroner, Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib ditarik keluar: Pakar