Bendera, kain rentang calon Bebas baru kelihatan

Kain rentang calon Bebas R Malar baru kelihatan di sekitar Rantau - Foto Adam Amir Hamzah
Kain rentang calon Bebas R Malar baru kelihatan di sekitar Rantau - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Bendera dan kain rentang dua calon Bebas, Mohd Noor Yassin dan R Malar baru kelihatan di sekitar Rantau meskipun tempoh berkempen hanya tinggal dua hari.

Bagaimanapun, jumlahnya agak sedikit dan kelihatan tenggelam berbanding bendera BN dan PH yang lebih mendominasi.

Bagi Mohd Noor, dia menggunakan bendera berwarna putih dengan logo pen serta bunting yang memaparkan wajahnya.

Malar pula memilih warna kuning untuk kain rentang dengan logo pokok dan wajahnya.

PRK DUN Rantau akan berlangsung pada Sabtu ini yang menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Mohd Noor dan Malar akan bersaing dengan calon PH, Dr S Streram dan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Artikel Berkaitan: