Penganut Islam paling ramai di dunia menjelang 2070

Wan Kamal Mujani - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
Wan Kamal Mujani - Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Islam diramalkan akan mempunyai jumlah penganut paling ramai di dunia menjelang tahun 2070.

Malah, menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wan Kamal Mujani, Islam merupakan satu-satunya agama yang sedang berkembang lebih pesat berbanding bilangan penduduk di dunia ini.

"Penduduk dunia meliputi 10 bilion di mana penganut Kristian dalam 32 peratus, sementara Islam 23 peratus.

"Jumlah ini sebenarnya menurut kajian di London anggaran pada tahun 2050 -2060 mungkin sama ( bilangan penganut), dan pada 2070 umat Islam akan melebihi penganut Kristian," katanya pada Wacana Sinar Harian kali ke-101 yang bertajuk Benarkah Islam dibenci?, di Dewan Karangkraf hari ini.

Sementara itu mengulas sama ada Islam dibenci dan ditakuti, Wan Kamal menegaskan bahawa jika disoroti sejarah keadaan itu sama sekali tidak berlaku.

"Berdasarkan data dan fakta kita tidak lihat keadaan sebegitu," katanya.

Katanya, dalam isu ini ia dilihat banyak bergantung kepada mainan media.

"Kita lihat sejak perkembangan awal Islam ia tidak musuhi agama lain," tegasnya.

Artikel Berkaitan: