CT Scan Suite HSM: 685 pesakit dirawat sejak dibuka

Dzulkefly (dua kanan) menandatangani plak perasmian kompleks CT Scan Suite HSM, di sini, hari ini.
Dzulkefly (dua kanan) menandatangani plak perasmian kompleks CT Scan Suite HSM, di sini, hari ini.
A
A
A

SERI MANJUNG - Pembukaan kompleks baharu Computerised Tomography Scanner (CT Scan) Suite, Hospital Seri Manjung (HSM) membolehkan pesakit menerima rawatan tanpa perlu ke hospital lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM3.65 juta itu merupakan kemudahan yang dinanti-nantilan rakyat di daerah Manjung serta berhampiran selepas ia dirancang sejak 2011.

"Kompleks ini membolehkan pesakit yang koma dalam kemalangan, strok dan sebagainya menerima rawatan pantas tanpa perlu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh seperti sebelum ini.

"Ini merupakan nilai tambah kepada perkhidmatan yang sedia ada di HSM untuk manfaat masyarakat di daerah ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2019 Peringkat Negeri Perak dan Majlis Perasmian CT Scan Suite Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly seramai 685 pesakit telah menjalani pemeriksaan di kompleks baharu CT Scan Suite, HSM sejak ia dibuka 10 Disember tahun lalu.

"Bermula 10 hingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 117 kes telah diperiksa menggunakan perkhidmatan ini, manakala dari 1 Januari i hingga 14 Mac tahun ini sebanyak 568 kes telah diperiksa.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemeriksaan yang telah dilakukan sebanyak 685 kes bagi tempoh Disember 2018 hingga Mac 2019," katanya.

Artikel Berkaitan: