RCI TH: Azmin tak perlu bermain politik, kata Pemuda UMNO

Mohd Fakaaruddin
Mohd Fakaaruddin
A
A
A

MACHANG - Pemuda UMNO tidak berminat untuk bermain politik dan tuduh menuduh bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya menuntut janji-janji PH untuk menyiasat skandal melibatkan Tabung Haji sebagaimana dijanjikan pada 100 hari manifesto PH.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, permainan politik yang berpanjangan tidak membantu dalam pencerahan mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh pengurusan baru TH ke atas pengurusan lama.

Katanya, Azmin tidak perlu bermain politik murahan sebaliknya menyokong kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan dan salah laku dalam pengurusan TH.

"Kami ingin mengingatkan Azmin bahawa PH meletakkan janji untuk menyiasat skandal-skandal melibatkan TH, FELDA dan lain-lain sebagai janji 100 hari manifesto mereka.

"Belum cukup 12 bulan, nampaknya Azmin betul-betul mengikut saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 'manifesto bukan janji' sekali gus menafikan hak rakyat untuk memperoleh pencerahan dan kebenaran yang beliau sendiri janjikan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sebelum ini, Azmin membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan dan salah laku dalam pengurusan TH.

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh RCI TH, Azmin bidas Pemuda UMNO

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda UMNO desak RCI ditubuhkan siasat TH

Artikel Berkaitan:

Azmin turut mempersoalkan mengapa Pemuda UMNO tidak mencadangkan agar RCI itu ditubuhkan ketika Umno dan BN berkuasa.