Tulang retak dan pecah: Ras Adiba kesakitan

Ras Adiba
A
A

PERSONALITI televisyen, Ras Adiba Radzi meluahkan keperitan yang menimpa dirinya ketika ini menerusi laman sosial.

Menurut Ras, 51, kesakitan yang dialaminya itu datang pada awal pagi Rabu.

"Leher, belakang dan tangan kanan saya rebah kesakitan serta kejang.

"Tangisan dan esak saya tanpa henti, sakit saya tidak terperi.

"Tulang C3, C4 dan C5 saya sudah retak dan pecah. Sudah tiada tertahan lagi. Saya tiada daya lagi," luah Ras di IG.

Untuk rekod, kondisi bekas personaliti TV3 itu mula merosot selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1996 sehingga terpaksa menjalan pembedahan tulang belakang.

Kemudiannya Ras disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002.