Bantu kontraktor G1 ceburi pertanian

Nazri (dua, dari kiri) diiringi Abdul Ghafar Lambak (tiga, dari kiri) bersalaman dengan kontraktor pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung PKMM Pahang di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.
Nazri (dua, dari kiri) diiringi Abdul Ghafar Lambak (tiga, dari kiri) bersalaman dengan kontraktor pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung PKMM Pahang di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang boleh meluluskan antara 10 hingga 50 hektar tanah bagi tujuan pertanian melalui pengeluaran lesen pendudukan sementara (LPS) kepada kontraktor G1 yang berminat.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, ini bagi menangani permasalahan dihadapi lebih 31,000 kontraktor kelas tersebut di negeri ini, yang berisiko gulung tikar kerana ketiadaan projek.

Menurutnya, kerajaan negeri amat mengalu-alukan kontraktor G1 menceburi bidang pertanian yang bernilai komersial.

“Masalah ketiadaan tanah tapak untuk mengusahakan sektor pertanian itu boleh diuruskan... Kerajaan Pahang boleh meluluskan antara 10 hingga 50 hektar tanah bagi tujuan pertanian melalui pengeluaran lesen LPS itu.

NAZRI
NAZRI

“Ia amat dicadangkan kepada kontraktor G1, yang merupakan kelompok terbesar daripada keseluruhan jumlah 91,000 kontraktor di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung PKMM Pahang di sini, malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Yang Dipertua PKMM Pahang, Abdul Ghafar Lambak dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan,

Pada majlis tersebut, Mohamed Fadzill berkata, lebih 50 peratus daripada 31,000 kontraktor G1 kini berada dalam keadaan nazak dan berisiko untuk gulung tikar.

Menurutnya, ini bermakna lebih 15,000 kontraktor bakal gulung tikar kerana tiada projek dan ia bukan jumlah sedikit bahkan menjadi petanda betapa serius perkara ini.

MOHAMED FADZIL
MOHAMED FADZIL

“Isu ketiadaan projek bagi kontraktor G1 perlu dipandang serius oleh kerajaan dengan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor Melayu dan Bumiputera memperoleh kontrak daripada syarikat konsesi.

“Syarikat konsesi yang memperoleh kontrak daripada kerajaan perlu mengagihkan projek atau kerja berkaitan kepada kontraktor kecil, terutamanya dalam kelas G1.

"Kerajaan perlu memperbanyakkan kerja atau kontrak kepada kontraktor kelas G1 dan bahagikan kontrak supaya mereka mampu untuk turut serta,” katanya.

Dalam pada itu Nazri berkata, realitinya bukan sahaja kontraktor G1 bahkan kesemua peringkat dengan keseluruhan 91,000 kontraktor, bakal terjejas dan kehilangan sumber pendapatan.

Namun begitu karanya kontraktor kelas G1 adalah kelompok yang paling terjejas serta berisiko gulung tikar menjelang tahun hadapan sekiranya perkara ini berterusan.

"Kita ada 13 daerah di Pahang dan setiap daerah mempunyai Exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri), jadi kita minta semua projek di daerah berkenaan diuruskan bersama oleh Exco dan wakil (persatuan) kontraktor.

"Berkaitan projek melalui syarikat konsesi seperti Roadcare, Muhibah dan YP Maintenance, kerajaan negeri selalu menasihati pemegang konsesi mengagihkan tugas (projek) kepada kontraktor di kawasan terbabit sahaja.

“Contohnya kalau projek di Kuantan, berilah kepada kontraktor di Kuantan supaya urusan pemantauan hasil kerja dapat dijalankan dengan lebih mudah,” tambahnya.