Bila masa aku kahwin lain pula: Zahiril

Paparan Twitter Zahiril
Paparan Twitter Zahiril
A
A
A

PELAKON Zahiril Adzim menyangkal dakwaan dirinya mendirikan rumah tangga kali kedua gara-gara netizen tersilap 'tweet' namanya yang sepatutnya dituju kepada Adun Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari.

Kelmarin, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Zairil dengan bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud.

Disebalik kisah perkahwinan dan ucapan tahniah dari netizen kepada mereka, Zahiril memuatnaik status di Twitter dalam nada mencuit hati hingga menarik perhatian netizen.

"Zairil, bukan Zahiril. Zahiril tu aku. Bila masa aku kahwin lain pulak ni... Jangan pasal orang lain 'typo', aku yang kena tidur luar," katanya berseloroh.

Seperti sedia maklum, Zahiril adalah suami kepada pelakon, Shera Aiyob dan bapa kepada Nadi Anaqi.

Artikel Berkaitan:


Sebuah portal sebelum ini telah tersilap nama Zairil dengan Zahiril hingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen.

Netizen Nina Rahman memberitahu tersilap nama boleh mencetuskan kekeliruan dan memang bahaya kerana tidak ramai orang nama Zahiril.

Bagi me2day, ini adalah kes aniaya dan boleh buat orang sudah berkahwin, kena tidur luar.