Penentang, penyokong Lynas berhimpun serentak

Kumpulan yang menentang operasi Lynas berhimpun secara aman di luar bangunan Parlimen, hari ini.
Kumpulan yang menentang operasi Lynas berhimpun secara aman di luar bangunan Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penentang dan penyokong operasi syarikat nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas) berhimpun serentak secara aman di luar bangunan Parlimen, hari ini.

Pengerusi Selamatkan Malaysia dan Hentikan Lynas (SMHL), Tan Bun Tee mendakwa, lesen operasi Lynas harus digantung bagi menghentikan pencemaran alam sekitar khususnya di Gebeng, Kuantan, Pahang.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku, sepatutnya kerajaan PH kena ikut janji dan keluarkan kilang yang membahayakan seperti Lynas ini.

“Kami tak mahu Lynas berada di Kuantan, siapa yang nak tinggal di sini? Kenapa Kuantan kena terima kilang seperti ini, kerajaan PH perlu mendengar suara rakyat, sila tutup kilang ini!” desaknya.

Selain SMHL, terdapat 61 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain turut sama menentang operasi syarikat itu sambil melaungkan 'Selamatkan Malaysia', dan 'hentikan Lynas daripada mencemarkan alam sekitar kita'.

Kumpulan yang menentang operasi Lynas berhimpun secara aman di luar bangunan Parlimen, hari ini.
Kumpulan yang menentang operasi Lynas berhimpun secara aman di luar bangunan Parlimen, hari ini.

Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Perdana Reaksi sama turut disuarakan oleh ADUN Teruntum, Sim Chon Siang yang berkata, sisa radioaktif yang dihasilkan menerusi kilang Lynas sepatutnya dihantar semula ke Australia dan bukannya dibuang di negara ini.

“Kenapa nak buang sisa kilang itu di sini? Kita cuba menyerahkan memorandum mengenai bahaya sisa radioaktif ini kepada Mohd. Redzuan, malangnya tak pernah dapat menghubunginya” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Peraturan dan Pematuhan Lynas, Prof Dr Ismail Bahari antara 100 penyokong operasi kilang itu menegaskan, syarikat tersebut telah menjalankan segala aktiviti secara selamat selama enam tahun.

“Kami pekerja Lynas mengesahkan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki kami untuk mengendalikan kilang ini selain sentiasa meletakkan keselamatan diri sendiri, rakan sekerja, komuniti dan persekitaran,” katanya.