Amir Hasan dedah ada 13 kekasih

Penyanyi, Amir Hasan
Penyanyi, Amir Hasan
A
A
A

"SAYA ada 13 kekasih," akui penyanyi meningkat naik, Amir Hasan, 23, ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video di Dewan Platinum Melati, UiTM, Shah Alam.

Menurut penyanyi Bicaramu kepada Sinar Harian, begitupun hal itu terjadi ketika dia berada di bangku sekolah lagi.

"Cinta monyet... tapi itulah daripada 13 kekasih sebenarnya 11 kali saya ditinggalkan.

"Mungkin kerana tahap kematangan saya pada waktu itu tak seperti yang mereka harapkan," luahnya jujur.

Mengenai single terbaharu, penyanyi di bawah naungan Warner Music Malaysia ini berkata, lagu berjudul Gadis Yang Ku Tunggu (GYKT) berkisarkan tentang bakal jodoh yang masih tidak diketahui siapakah gerangannya.

Penyanyi, Amir Hasan
Penyanyi, Amir Hasan

Menyentuh cetusan idea dalam penghasilan single kedua Amir ciptaan bersama Aizat Amdan dan Mel Ramlan, dia berdepan dengan cabaran untuk mencari identiti.

"Saya seorang yang mementingkan kualiti dan saya percaya peminat pun mahu saya keluarkan hasil yang berkualiti.

Artikel Berkaitan:

"dalam proses lima bulan untuk menyiapkan lagu ini, saya berdepan dengan cabaran untuk mencari identiti.

"Maksudnya dari segi suara saya ini sesuai dengan rentak yang macam mana?

"Selepas mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafie, akhirnya saya temui identiti itu dan terhasillah GYKT ini," katanya.