Kerajaan tak cadang gubal undang-undang anti lompat parti

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang bagi mengharamkan tindakan melompat parti dalam kalangan anggota parti politik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata ia berdasarkan Perkara 10 Fasal 1(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada rakyat di negara ini untuk berpersatuan.

"Jadi sebab itulah kerajaan berpendapat pada masa ini hak berpersatuan adalah termasuk hak untuk boleh menyertai mana-mana parti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Hanipa menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang mewujudkan akta seumpama itu.

Menurut timbalan menteri itu, sekiranya undang-undang berkaitan melompat parti itu dibuat, ia mungkin boleh dicabar dan diisytihar sebagai sesuatu yang tidak berperlembagaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: