Najib nafi dakwaan Felda

Najib bermesra dengan orang ramai di majlis 'Bossku Bersama Rakyat' bersama bekas Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Razak di Kg. Kanchong malam tadi. - Foto: ADAM AMIR HAMZAH
Najib bermesra dengan orang ramai di majlis 'Bossku Bersama Rakyat' bersama bekas Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Razak di Kg. Kanchong malam tadi. - Foto: ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wujud penipuan dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Sebaliknya, pembelian itu dibuat dengan 'put option' atau meletakkan pilihan yang membolehkan kerajaan menjual semula kepentingan pada harga asal bersama dengan caj faedah tahunan ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

"Dalam erti kata lain, kalau kita tidak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang telah kita bayar bersama dengan faedah enam peratus setiap tahun.

"Ini bermakna, jika syarikat itu berjaya dan harga sawit pulih, pelaburan ini akan memberi untung yang lebih banyak,"katanya pada sidang media sebaik selesai program ceramah di Kampung Kanchong di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis dibuat Felda ke atas dirinya kerana didakwa menipu dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP) pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion) berbanding harga sebenar di pasaran pada Disember 2016.

Semalam, Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar membuat laporan mendakwa Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan Felda membuat transaksi pada 2016 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) dengan PT Rajawali Corpora.

Mengulas lanjut, Najib berkata, projek itu mampu berkembang dan kerajaan memperoleh faedah jika tiada campur tangan politik.

Katanya, jika syarikat itu berjaya dan harga sawit pulih, pelaburan berkenaan akan memberi lebih untung yang banyak kepada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, wang rakyat tetap terpelihara dan kita tidak akan rugi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Felda dakwa ditipu pembelian saham Eagle High Plantations