Suami tidak kisah R Malar utamakan pengundi

David akui pada awalnya dia kurang bersetuju keputusan Malar bertanding, namun hatinya berubah selepas melihat kegigihan isterinya itu.
A
A

SEREMBAN - Suami kepada calon Bebas, R Malar tidak kisah jika isterinya mengutamakan pengundi berbanding dirinya.

David Lear, 57, mengakui pada awalnya dia kurang bersetuju keputusan Malar bertanding, namun hatinya berubah selepas melihat kegigihan isterinya itu.

"Saya kagum melihat isteri yang begitu bersemangat siang dan malam memikirkan bagaimana dia boleh memenangi PRK ini.

"Saya tahu dia mahu berbakti kepada masyarakat Rantau walaupun berdepan dengan kekangan termasuk faktor kewangan," katanya kepada Sinar Harian.

Lelaki warganegara Kanada itu juga yakin yang isterinya boleh memenangi PRK berkenaan walaupun terpaksa berdepan saingan dengan tiga calon lain.

Sementara itu, Malar mengakui pada mulanya dia tidak berterus terang dengan suaminya tentang hasratnya mahu bertanding kerana bimbang ditentang.

"Saya beritahu dia mahu bertanding, tapi dia tak benarkan. Jadi, saya diam saja.

"Tapi secara senyap, saya buat persiapan. Cuma menjelang hari penamaan calon, dia izinkan. Bagi saya restu suami itu penting," katanya.

Malar berkata, dia telah membuat persiapan dan menyusun strategi menghadapi PRK itu selama sebulan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia