Tawar cuci kereta percuma

Naquid menunjukkan poster yang diagihkan sempena majlis pembukaan baharu pada 13 April ini.
Naquid menunjukkan poster yang diagihkan sempena majlis pembukaan baharu pada 13 April ini.
A
A
A

KUALA NERUS - Pengurusan pusat cucian kereta, Abah Car Spa di Gong Badak di sini, mencipta kelainan apabila menawarkan khidmat mencuci kereta secara percuma sempena majlis perasmian baharunya.

Pengurus Abah Car Spa, Naquid Amat, 30, berkata, majlis pada 13 April itu diadakan bagi memperkenalkan imej baharu pusat cucian kereta tersebut selain untuk menghargai pelanggan setia mereka.

“Sudah lebih lima tahun pusat cucian kereta dan spa ini beroperasi. Abah Car Spa kini berwajah baharu dan majlis itu diadakan adalah untuk memperkenalkannya kepada orang ramai.

"Majlis perasmian baharu ini dijangka akan dirasmikan seorang tokoh agama, Tuan Guru Baba Suplar manakala seorang selebriti tempatan turut dijemput memeriahkan majlis iaitu Aiman Sidek pada jam 1 tengah hari.

"Selain cucian kereta secara percuma, pemeriksaan kereta percuma, pemeriksaan kesihatan turut ditawarkan malah penyediaan makanan juga percuma," katanya ditemui di Abah Car Spa, di sini semalam.

Beliau berkata, sepanjang menjalankan perniagaan itu ribuan kenderaan sudah mendapatkan perkhidmatan cucian yang ditawarkan dengan kadar ditawarkan serendah RM15 bagi sebuah kereta.

“Bezanya pusat cucian kereta ini berbanding yang lain ialah pekerja di sini menggunakan bahan cucian berkualiti, teliti dan banyak pakej cucian yang boleh dipilih oleh pelanggan.

"Kami juga bersyukur kerana kebanyakan kenderaan yang datang ke Abah Car Spa ini bukan sahaja dari daerah ini tetapi dari luar daerah juga," katanya yang memulakan perniagaan pada 2015.

Artikel Berkaitan: