KJ tak tahu wujud komplot singkir Zahid

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak tahu menahu tentang laporan yang mendakwa ada usaha di kalangan pimpinan Umno untuk memaksa presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebelum akhir tahun ini.

Khairy, yang juga bekas calon Presiden Umno dalam pemilihan parti Jun lalu, berkata beliau tidak terlibat sama dalam hal berkenaan jikapun ia (komplot itu) benar.

"Saya tak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa, kalau ada sebarang usaha, ia tidak melibatkan saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar NST yang mendakwa terdapat kalangan pimpinan parti itu yang sudahpun merumuskan laluan untuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya.

Khairy bagaimanapun mengakui wujud perbincangan dan banyak pandangan dalam kalangan anggota parti itu yang mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid sebagai presiden, namun perkara itu belum muktamad.

"Soal kedudukan dia sebagai presiden banyak dibahaskan dan pandangan dilontarkan dalam (kalangan) anggota Aumni saya pun ada dengar beberapa anggota Parlimen kata yang ada perbincangan tidak formal selepas sidang Parlimen ini, tapi saya tak pasti ada kaitan dengan isu ini atau tidak," katanya.

Persidangan Parlimen yang bermula 15 Oktober lalu berakhir esok.

Ahmad Zahid bagaimanapun ketika ditemui enggan mengulas dakwaan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: