Ilmu survival hutan bantu detik cemas

Ilmu survival dan pengalaman perkhemahan membantu individu untuk survival sekiranya tersesat di dalam hutan.
Ilmu survival dan pengalaman perkhemahan membantu individu untuk survival sekiranya tersesat di dalam hutan.
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), Zainudin Lot menyifatkan,kekurangan ilmu survival merupakan salah satu punca menyebabkan seseorang itu sukar bertahan dalam situasi terdesak di dalam hutan.

Menurut Zainudin, bekas pendaki Gunung Everest 2013 (Team Everest Felda) sekiranya individu pernah mengikuti kursus asas hutan, survival atau perkhemahan maka ilmu serta pengalaman tersebut akan membantu dikala berdepan situasi cemas.

"Jika tersesat di dalam hutan perkara utama jangan panik dan kekal positif. Individu perlu proaktif mempraktikkan apa sahaja ikhtiar sementara mencari jalan keluar atau menunggu bantuan.

"Selain mengenalpasti laluan, mereka yang sesat disaran menghidupkan api secara primitif dan mencari tempat untuk berlindung daripada cuaca buruk,serangan haiwan liar ataupun berbisa," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, memasang unggun api antara cara terbaik mengelakkan gangguan haiwan liar selain memanaskan badan ketika malam.

Zainudin menasihatkan mereka yang sesat supaya mengikut laluan ke hilir sungai ketika mencari jalan keluar dari hutan.
Zainudin menasihatkan mereka yang sesat supaya mengikut laluan ke hilir sungai ketika mencari jalan keluar dari hutan.

"Dengan unggun api mereka boleh memasak manakala asapnya pula membantu menjadi panduan para petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa," jelasnya.

Tambah Zainudin, jika seseorang itu bertekad untuk mencari jalan keluar mereka dinasihatkan mengikut laluan ke hilir sungai kerana alirannya akan menghala ke arah sungai besar dan laut.

Artikel Berkaitan:

Ini disebabkan, kebiasaannya terdapat penempatan manusia di sekitar hilir sungai selain boleh dijadikan sumber air bagi meneruskan survival di dalam hutan.

"Bukan itu sahaja, individu juga disarankan pergi ke tempat tinggi untuk meninjau persekitaran dan ia memudahkan kita dikesan berbanding di berada di lembah.

"Ini termasuklah, memantulkan cahaya menggunakan cermin dan membuat tanda S.O.S ketika mendapatkan pertolongan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Acap: Jangan obses unsur mistik

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Acap: ALLAH sedang uji kita...