Sultan dan raja berperanan lantik MB

A
A

KUALA LUMPUR - Sultan atau raja bagi sesebuah negeri mempunyai peranan untuk memperkenan atau menolak seseorang individu dilantik sebagai menteri besar berdasarkan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, tidak menjadi isu atau masalah jika berlaku pertukaran menteri besar dalam keadaan tertentu dan bukanlah perkara yang ganjil.

"Peruntukan undang-undang tubuh negeri jelas memberi budi bicara kepada sultan atau raja untuk melantik menteri besar di mana pada pandangan baginda perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Secara teknikal itu peraturannya tetapi secara amalan menteri besar yang dilantik bukan sahaja perlu mendapat sokongan majoriti tetapi individu sebagai ahli DUN yang boleh bekerja dengan baik untuk rakyat serta negeri yang diperintah oleh baginda," katanya.

Petang tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Osman sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor Isnin lalu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, Osman yang juga ADUN Kempas menyerahkan dua surat peletakan jawatan tersebut kepadanya dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam, dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Johor sah letak jawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Osman bertanggungjawab, harus dihormati: Khaled