Tindakan Osman bertanggungjawab, harus dihormati: Khaled

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor merupakan tindakan bertanggungjawab yang harus dihormati.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor memerlukan kepimpinan tertinggi yang bukan sekadar berwibawa, tetapi mahir mentadbir dan mempunyai visi jelas bagi memajukan Johor dan rakyatnya.

Menurutnya, kedudukan Kerajaan Johor sejak 11 bulan lalu adalah sangat tidak memberangsangkan dan rapuh.

“Ini telah menyebabkan defisit kepercayaan terhadap kerajaan negeri dan institusi di bawahnya mencapah dan meningkat dengan drastik sekali.

“Banyak sekali janji dalam manifesto dan pelbagai agenda rakyat terus gagal dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled turut menzahirkan harapan agar calon Menteri Besar Johor bakal dilantik, dari kalangan peribadi yang benar-benar boleh menjadi teladan dalam pembawaan dan amanah serta cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Katanya, UMNO akan terus memainkan peranan semak dan imbang sebagai pembangkang yang berwibawa dan berkesan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Kepada mantan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, saya mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangsih terhadap rakyat Johor selama 11 bulan lepas,” katanya.

Artikel Berkaitan: