B ada tanggungjawab lain: Uqasha Senrose

No Image Caption
A
A
A

SABTU lalu, pelakon cantik Nelydia Senrose selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Hafez Halimi.

Namun sebagai orang yang paling rapat dengan Nelydia, Uqasha tentu sekali gembira dan dalam masa yang sama terkesan kerana perlu berpisah dengan adik kesayangannya itu.

No Image Caption

Uqasha menerusi entry terbaharu di akaun Instagram miliknya, sempat berkongsi luahan dan menitipkan pesanan buat Nelydia, 24 tahun. "Masya-Allah B, awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangatlah extra cantik. The dress makeup just so perfect that night.

"Again B tahniah dah jadi bini orang, macam tak percaya langsung Baby dah ada new life, nanti puasa and raya tahun ni B beraya dengan suami, dah tak boleh nak tidur sama-sama dan bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa.

"Dan raya pun sama nanti dah tak boleh share one room and cuba baju raya sama-sama sebab B ada tanggungjawab lain kena sediakan makan pakai cik husband pulak.

No Image Caption

"Thank you B bagi Sha seorang abang which is Hafez Halimi. Hafez please jaga Baby baik-baik tau! Kalau dia meragam pun layankan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky.

Artikel Berkaitan:

"Sha nak cepat-cepat anak sedara sebab Aryan Khan dah besar dah. So nak jaga anak Baby pulak. I love you so much Nelydia," tulisnya.

Rata-rata pengikut Instagram termasuk rakan-rakan selebriti turut sama mengakui rasa sebak membaca luahan Uqasha itu.