MB Johor sah letak jawatan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam.

Dr Mahathir berkata, Osman telah menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan kepada beliau semalam dan sepucuk surat lagi kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Menteri Besar Johor telah letak jawatan semalam dengan surat kepada saya dan saya akan hantar surat kepada Sultan Johor memandangkan baginda berada di luar negara ketika ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pengerusi PH itu menjelaskan, buat sementara waktu ini, Johor tidak mempunyai menteri besar.

"Mungkin kita akan lantik pemangku. Tunggulah Sultan Johor kembali dari luar negara.

“Tentang siapa pengganti, perlu ikut perjanjian PH iaitu Menteri Besar Johor mesti daripada parti Bersatu,” ujar Ahli Parlimen Langkawi itu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: