Pemandu maut dalam nahas libatkan MPV, lori

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terbabit nahas melibatkan MPV dan lori di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Selasa.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terbabit nahas melibatkan MPV dan lori di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Tanjung Pasir pada Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga pekerja sebuah kilang sawit di Bukit Sagu, Zainor Aiman Zainordin, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Keadaan MPV dan lori pasir yang terbabit kemalangan yang meragut nyawa seorang pemandu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Selasa.
Keadaan MPV dan lori pasir yang terbabit kemalangan yang meragut nyawa seorang pemandu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu lori, T Devandran, 34, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika lori dipandu Devandran yang membawa muatan pasir dalam perjalanan dari arah Sungai Lembing menghala ke Bukit Goh.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, MPV jenis Naza Citra dipandu mangsa dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan lori dan berlaku perlanggaran.

"Akibat kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!