Pelakon Smallville mengaku salah kes pemerdagangan seks

Allison Mack (kanan) pernah melakonkan watak Chloe Sullivan dalam Smallville yang mengisahkan zaman kanak-kanak Clark Kent di Smallville, Kansas sebelum beliau menjadi Superman.
Allison Mack (kanan) pernah melakonkan watak Chloe Sullivan dalam Smallville yang mengisahkan zaman kanak-kanak Clark Kent di Smallville, Kansas sebelum beliau menjadi Superman.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Aktres Amerika Syarikat (AS) yang pernah membintangi siri televisyen Smallville, Allison Mack mengaku bersalah semalam, kerana merekrut wanita untuk dijadikan hamba seks.

Mack, 36, didakwa merekrut wanita untuk sebuah kumpulan sokongan, tetapi mangsa kemudian dipaksa melakukan hubungan seks dengan pemimpin kumpulan itu, Keith Reniere, 58.

Mack salah seorang daripada enam defendan yang didakwa dalam kes kultus seks Nxivm yang berpangkalan di Albany, New York.

Beliau boleh dipenjarakan sehingga 40 tahun. Hukuman akan dijatuhkan pada 11 September depan.

Sebelum diterima sebagai “hamba”, mangsa wanita terbabit perlu memberikan gambar intim mereka, yang akhirnya digunakan sebagai bahan ugutan jika mangsa cuba keluar dari organisasi berkenaan.

Mangsa juga dicacah dengan simbol yang mempunyai tandatangan Reniere.

Seorang lagi defendan berprofil tinggi dalam kes itu ialah Clare Bronfman, pewaris empayar arak Seagram Kanada.

Clare dan adik perempuannya dipercayai memberikan lebih AS$100 juta (RM400 juta) kepada kumpulan ajaran sesat itu. – AFP

Artikel Berkaitan: