Pengawal keselamatan curi makanan ditahan

Kedua-dua suspek ini direman 4 hari untuk siasatan lanjut selepas disyaki mencuri pelbagai jenis makanan milik sebuah pasaraya di sini, semalam.
Kedua-dua suspek ini direman 4 hari untuk siasatan lanjut selepas disyaki mencuri pelbagai jenis makanan milik sebuah pasaraya di sini, semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua pengawal keselamatan sebuah pasar raya di sini, direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki mencuri pelbagai jenis makanan bernilai RM38.80, milik pasar raya tersebut.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 19 dan 20 tahun ditahan selepas sisa makanan dan plastik bungkusan makanan dicuri dijumpai di pondok pengawal, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Menurut sumber, kejadian hanya disedari salah seorang kakitangan di pasar raya itu semasa membuat pemeriksaan di pondok pengawal sebelum ternampak beberapa bungkusan makanan termasuk roti dan ayam goreng.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek ini mencuri barang termasuk ayam goreng, piza segera, roti dan muffin coklat yang bernilai keseluruhan RM38.80.

"Mereka dipercayai menghabiskan kesemua makanan dicuri dengan menjamu selera bersama-sama di pondok pengawal tempat mereka bertugas," katanya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Artikel Berkaitan: