Ribut Tropika Kuat Nesat dijangka ke tahap taufan malam ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keadaan itu akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan dan mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"MET Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

"Semoga ALLAH lindungi kita daripada bencana buruk. Hati-hati,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: