Mufti Wilayah ingatkan cari Acap ikut syariat

Zulkifli bersalaman dengan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Mohd Rizal Buang (kiri).
Zulkifli bersalaman dengan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Mohd Rizal Buang (kiri).
A
A
A

GOPENG - Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan agar segala ikhtiar yang dilakukan dalam membantu mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang sejak 18 hari lalu perlu berlandaskan syariat Islam sebenar.

Beliau berkata, keyakinan dan percaya kepada ALLAH SWT adalah perkara sebaiknya dalam meminta petunjuk termasuklah dengan berdoa dan solat hajat.

"Kita amat bersetuju supaya kita sentiasa berdoa dan solat hajat memohon kepada ALLAH SWT kerana kita yakin dengan cara itu, InsyaALLAH akan ada satu penyelesaian daripadaNya.

"Cara yang dibuat apabila tidak menepati syariat ALLAH, seperti memohon dengan makhluk lain dan menjangkakan bahawa ia memberi kesan dan kuasa, adalah tidak bertepatan dengan apa yang diajar... 'tiada sedaya tiada upaya kecuali dengan ALLAH SWT'," katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Zulkifli diiringi Mohamad Yunus (kanan) tiba di Pos Kawalan Bomba bagi mendengar taklimat berkaitan kehilangan Acap, hari ini.
Zulkifli diiringi Mohamad Yunus (kanan) tiba di Pos Kawalan Bomba bagi mendengar taklimat berkaitan kehilangan Acap, hari ini.

Beliau meminta semua rakyat di negara ini bersatu hati dalam membantu usaha pencarian mangsa.

"Saya yakin ada titik pengakhiran iaitu penemuan. Kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya mengembalikannya kalau pada alam lain, tetapi kalau pada alam kita doakan agar dijumpai semula.

"Kita juga doakan mangsa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Mudah-mudahan ia berakhir secepat yang mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Yunus (dua dari kanan) memberi penerangan berkaitan kehilangan Acap kepada Zulkifli dan pegawai dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.
Mohamad Yunus (dua dari kanan) memberi penerangan berkaitan kehilangan Acap kepada Zulkifli dan pegawai dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Beliau dalam lawatan ke Perak tiba pada jam 1 petang dan mendengar taklimat operasi daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu.