Makanan terbaik untuk mata yang sihat

No Image Caption
A
A
A

PENJAGAAN mata amat penting. Ini antara ‘makanan mata’ yang boleh diamalkan:

“Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan.

*Tiram (Oysters)

Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak. Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram, anda juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.

*Aprikot

Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.

*Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes) Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan vitamin C dan vitamin A. Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.

*Telur

Telur adalah satu lagi amkanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein. Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adalah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.

Artikel Berkaitan:

*Gandum

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan jua mengurangkan risiko katarak. Selain daripada gandum, anda juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/