RM1 juta untuk kebajikan penuntut UiTM

Lodin Wok menyampaikan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Syed Zainal Abidin untuk dua inisiatif awal yang dilancarkan melalui TP1B yang diperuntukkan untuk bantuan kebajikan penuntut UiTM pada majlis makan malam, di sini malam tadi.
Lodin Wok menyampaikan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Syed Zainal Abidin untuk dua inisiatif awal yang dilancarkan melalui TP1B yang diperuntukkan untuk bantuan kebajikan penuntut UiTM pada majlis makan malam, di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) melalui Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) UiTM memperuntukkan RM1 juta khusus untuk bantuan kebajikan penuntut UiTM yang memerlukan.

Presidennya, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata dana berkenaan akan disalurkan kepada pentadbiran UiTM mengikut keperluan dari masa ke semasa.

Menurutnya untuk peringkat permulaan, dua inisiatif dilancarkan bagi membantu pelajar dalam kampus yang kurang bernasib baik.

“Inisiatif pertama adalah Tabung Alumni UiTM for Food Bank dan satu lagi turut dilancarkan adalah Dermasiswa untuk pelajar kurang bernasib baik di mana kita berikan RM2,000 setahun kepada pelajar terpilih.

“Satu jawatankuasa akan terlibat memilih pelajar yang miskin tegar tambahan pula yang cemerlang untuk menerima bantuan yang disalurkan ini,”katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed di sini semalam.

Mohd Zaini berkata, majlis berkenaan menghimpunkan lebih 70 wakil alumni terdiri daripada peneraju pelbagai industri negara ini untuk bertemu dan berbincang bersama Syed Zainal Abidin berkaitan isu-isu yang perlu diberi perhatian.

“Ini sebagai satu permulaan yang baik kerana banyak perkara yang disalurkan terus kepada pengurusan tertinggi UiTM. Apa yang alumni mahu pastikan setiap program yang dijalankan memberi impak kepada pelajar,” katanya.

Lebih 70 wakil alumni UiTM terdiri daripada peneraju pelbagai industri dalam negara berkumpul sempena Majlis Makan Malam bersama Syed Zainal Abidin malam tadi.
Lebih 70 wakil alumni UiTM terdiri daripada peneraju pelbagai industri dalam negara berkumpul sempena Majlis Makan Malam bersama Syed Zainal Abidin malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi Tabung Pendidikan 1 Bilion UiTM, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata, sejumlah RM100,000 disalurkan kepada UiTM khusus untuk program Food Bank dan Dermasiswa.

Katanya, RM50,000 yang diperuntukkan untuk Food Bank akan disalurkan kepada masjid-masjid dalam UiTM untuk mengagihkan makanan pada waktu pagi dan malam kepada pelajar.

“Ada pelajar yang tak mampu beli makanan, mereka datang solat Subuh, mereka boleh ambil makanan, selepas solat Isyak mereka dapat makan malam.

“Dermasiswa melibatkan penuntut yang memerlukan melibatkan peruntukan RM50,000 lagi,” katanya.

Terdahulu, Lodin Wok menyampaikan replika cek peruntukan berjumlah RM100,000 kepada Syed Zainal Abidin.

Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk TP1B.