Undi awal: 72 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

Azhar (kiri) ketika melawat pusat pengundian awal di Balai Polis Rantau di sini, hari ini. - ADAM AMIR HAMZAH
Azhar (kiri) ketika melawat pusat pengundian awal di Balai Polis Rantau di sini, hari ini. - ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 72 peratus daripada 118 pengundi awal bagi PRK DUN Rantau telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 11 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pengundian awal diadakan di dua pusat iaitu Balai Polis Rantau dan Pangkalan Udara Sendayan.

"Secara keseluruhan, proses pengundian awal hari ini berjalan dengan amat lancar sekali memandangkan jumlah mereka yang mengundi tidak ramai.

"Kita juga berharap agar sasaran 80 peratus yang keluar mengundi hari ini dapat dicapai,"katanya pada sidang media ketika melawat pusat pengundian awal di Balai Polis Rantau di sini, hari ini.

Mengikut data dikeluarkan Suruhanjaya SPR, terdapat 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal akan mengundi hari ini.

Mereka terdiri daripada 74 orang anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan.

Sementara itu, 36 orang anggota polis akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Baki seramai lapan orang pengundi lagi terdiri daripada tentera akan mengundi secara pos.

Artikel Berkaitan:

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 13 April di pusat pengiraan undi berkelompok di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua calon Bebas iaitu suri rumah R Malar dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.