Ronnie minta LHDN hantar surat kepada Tok Mat

Ronnie Liu (lima dari kiri) bersama barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan di majlis ceramah umum di Pekan Rantau, malam tadi: - Foto ADAM AMIR HAMZAH
Ronnie Liu (lima dari kiri) bersama barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan di majlis ceramah umum di Pekan Rantau, malam tadi: - Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menghantar surat kepada calon BN PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung milikan wang RM10 juta yang digunakan untuk membeli sebuah apartmen di London.

Ronnie Liu mendakwa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak membayar cukai pendapatan individu.

"Saya minta LHDN tulis surat kepada Tok Mat kerana ada pendapatan RM10 juta pada 2013 ketika beliau Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Calon PH, Dr S Streram bersih, tapi calon BN tidak bersih kerana hantar RM10 juta melalui pengurup wang. Malangnya beliau tidak ditangkap dan dituduh di mahkamah," katanya ketika memberi ceramah di Bilik Gerakan DAP di Rantau di sini.

Beliau yang menyifatkan BN dan Pas sebagai parti 'toksik' berkata, kehidupan masyarakat Cina akan jadi lebih baik di bawah kerajaan PH kerana parti itu tidak rasisi.

"Dengan itu orang Cina boleh hidup di negara ini dengan baik dan generasi kita pun senang hati. Begitu juga dengan orang India.

"PH adalah pakatan yang ada politik baharu dan sihat bukannya 'toksik' macam BN dan Pas. Jika Streram menang, kita dapat hantar satu mesej bahawa PH wakili semu rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: