Pengundian awal PRK DUN Rantau bermula

Anggota tentera berada di pusat pengundian Pangkalan Udara Sendayan untuk mengudi awal, pagi ini.
Anggota tentera berada di pusat pengundian Pangkalan Udara Sendayan untuk mengudi awal, pagi ini.
A
A
A

SEREMBAN - Proses pengundian awal PRK DUN Rantau bermula pada jam 8 pagi ini.

Mengikut data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), terdapat 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal akan mengundi hari ini.

Mereka terdiri daripada 74 orang anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 orang anggota polis akan mengundi di Balai Polis Rantau. Baki lapan orang pengundi lagi terdiri daripada tentera akan mengundi secara pos.

Anggota tentera berada di pusat pengundian Pangkalan Udara Sendayan untuk mengudi awal, pagi ini.
Anggota tentera berada di pusat pengundian Pangkalan Udara Sendayan untuk mengudi awal, pagi ini.

Kedua-dua pusat pengundian awal akan ditutup pada jam 12 tengah hari ini.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 13 April di pusat pengiraan undi berkelompok di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua calon Bebas iaitu suri rumah R Malar dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Artikel Berkaitan: