X

Kindly register in order to view this article
!

Dialog santai krew kabin tular

Paparan Twitter Azrul Akmal tular di media sosial.
A
A

AirAsia Berhad bukan sahaja melakar sejarah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia buat kali kesepuluh berturut-turut dalam Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia tahun lalu.

Sebaliknya terus unggul merangkul anugerah tempat kerja terbaik di Anugerah HR Asean 2019.

Syarikat itu juga sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik dan berjaya menawan hati para penumpang dengan keramahan kakitangannya.

Ini terbukti dengan perkongsian video oleh Azrul Akmal di Twitter miliknya berhubung perkhidmatan AirAsia.

Sehingga kini video pengumuman keselamatan oleh krew kabin senior yang berdurasi satu minit 21 saat berjaya meraih lebih 550,000 tontonan dari netizen.

Dialog santai itu nyata berjaya mencuit hati para penumpang penerbangan menuju ke Pulau Pinang.

Antara dialog diucap krew kabin senior itu ketika pengumuman keselamatan seperti,"Semasa kecemasan, tinggalkan barang-barang anda, teman lelaki anda, teman wanita anda apabila keluar dari pesawat".

"Jika terdapat asap, tunduk, tunduk, tunduk dan gunakan lampu di atas lantai ke pintu yang terdekat. Pelan keselamatan ini ada terdapat dalam 'slide' tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti, terdapat pelbagai gambar menarik di dalamnya kecuali saya.

"Anda dilarang merokok di sepanjang perjalanan, merokok di dalam tandas akan mengaktifkan isyarat kecemasan... tiit tiit tiit tiit... ".

Bukan sahaja terhibur dengan pengumuman itu kata Azrul, krew kabin itu sempat menyelitkan lawak ketika promosikan makanan.

Sementara itu, adik kepada krew kabin juga memberi respon menerusi ciapan dan memberitahu suara di video itu adalah milik abangnya.

"Itu suara abang saya, dia 'senior cabin crew', perangai dia memang macam tu tapi tak tahu pula dia bawa perangai dia pergi kerja sekali," katanya.

Sebaik video itu dimuat naik, Fitri Zubir juga pemilik suara itu tampil meminta kebenaran untuk menyimpan rakaman video tersebut.

Justeru, diharapkan para krew kabin di syarikat penerbangan lain mungkin boleh menghidupkan suasana ceria dan lucu sekaligus membuatkan penumpang lebih selesa sepanjang perjalanan. Jom terbang!


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!