Lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan

Anggota polis membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat, malam tadi.
Anggota polis membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat, malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan badan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kedondong, Kadok, di sini malam tadi.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 8.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan itu kemudiannya bergegas ke lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan pada mayat di lokasi mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, muka dan badan dipercayai akibat ditetak.

“Kami percaya mangsa ditetak di lokasi dia ditemui ini berdasarkan kesan darah pada mayat dan di tempat kejadian, namun kami tidak menemui sebarang senjata di sini (tempat mayat dijumpai),” katanya ketika ditemui, malam tadi.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: