Swafoto di pantai Thailand berdepan hukuman mati

Pelancong bergambar berlatar belakang pesawat sedang berlepas di pantai berhampiran sekitar lapangan terbang di Thailand. - Mirror
Pelancong bergambar berlatar belakang pesawat sedang berlepas di pantai berhampiran sekitar lapangan terbang di Thailand. - Mirror
A
A
A

PHUKET-THAILAND. Pelancong boleh berdepan hukuman mati jika didapati mengambil gambar atau swafoto di pantai sekitar lapangan terbang di Thailand.

Pantai berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket itu sangat popular dengan gelagat pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar dengan berlatar belakangkan pesawat yang sedang berlepas.

Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang, Wichit Kaewsaithiam berkata tindakan itu boleh menganggu fokus juruterbang.

"Kami sedang merangka zon keselamatan yang dikategorikan sebagai kawasan larangan dan tidak dibenarkan mengambil gambar.

"Selan dari kawasan itu, penduduk dan pelancong boleh mengambil gambar seperti biasa," katanya.

Kaewsaithiam berkata, jika terdapat individu melanggar peraturan itu, penalti maksimum adalah hukuman mati. "Kami mahu kawasan itu bebas dari kemalangan dan mengutamakan keselamatan pelancong," katanya.

Sementara itu, penalti itu mengikut Akta Penerbangan Udara 1978 dengan membawa hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun. - Mirror

Artikel Berkaitan: